Friday, 22 February 2013

Pilihlah yang baik

setujukah anda sekiranya saya katakan apa yang kita dengar, kita lihat, kita alami...itulah yang akan mempengaruhi kita?

AlhamduliLlah sekiranya jawapan pertama yang terdetik di hati anda adalah  'Ya!'

Terpengaruh

oke. Saya sertakan analogi yang cukup mudah, andai kita khususnya wanita menonton drama-drama korea ataupun, paling selalu baca novel la kan, tak dinafikan kita akan sedikit terpengaruh dengan cerita tersebut, tak kesahla melalui wataknya, atau jalan ceritanya, atau apa-apa sahaja.

Contoh lagi, andai kerana wataknya, kita cuba untuk mencontohi watak tersebut, dan sekiranya berlainan jantina, kita pasti mendambakan pasangan yang sedemikian. Skopnya luas, mungkin dari segi sifat, paras rupa, akhlak, atau ap-apa saja. Mungkin dialog-dialog sebegini akan kedengaran :

"wah, hensem doe heronye, kalau aku dapat...."

"eh, cantik tak kalau pakai macam ni, macam dalam cerita tuu..."


 begitulah yang saya katakan anda 'dipengaruhi'.

Pilihan anda

So, sebagai seorang muslim, atau seorang yang dikurniakan Allah akal yang bijak, suka saya sarankan pilihlah yang baik-baik untuk dipengaruhi. Maksud saya, andalah yang berhak memilih sumber-sumber yang baik untuk mempengaruhi anda, contohnya kalau televisyen, di Malaysia sekarang memang ada stesyen televisyen yang baik, yang cukup dengan info-info islami kan?. Dari segi pendengaran pula, juga ada pilihan yang tepat untuk anda mendengar slot-slot yang dapat memotivasikan diri anda untuk jadi seseorang yang lebih baik, begitu juga bahan bacaan islami yang semakin galak pengeluarannya, baguslah!


Akhir kata, pilihan kita akan tentukan hidup kita, semoga pilihan kita itu, adalah hidayah dari Allah yang akan selamatkan kita dari jalan yang tidak disukaiNya.

WaLlahua'lam.


No comments:

Post a Comment